Forever Imperfect
Welcome to my blog, Dashboard // +Follow is closer. Thankyou (:

PERSIDANGAN PEGAWAI SAINS KEBANGSAAN KALI KE-2, 2012
Sunday 16 September 2012 | 05:03 | 0 comments
Persidangan Pegawai Sains Kebangsaan Kali Ke-2 telah diadakan pada 17 hingga 19 April 2012 di Hotel Mutiara Johor Bahru. Persidangan ini merupakan persidangan kali kedua yang telah dianjurkan oleh Kumpulan Pegawai Sains, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Tema persidangan kali ini adalah Perkhidamtan Sains Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan Saintifik. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan M. Asojan A/L Muniandi, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Sumber Manusia, Sains , Teknologi dan Inovasi, Negeri Johor. Jawatankuasa persidangan telah menjemput YBhg. Prof. Dr. Halimaton Hamdan, Setiausaha Bahagian, Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, (MOSTI), Malaysia sebagai pembentang ucaptama. Tiga(3) penceramah planari dari luar Negara iaitu dari Prof. Dr. Bay Boon Huat, Head Department of Anatomy National University of Singapore (NUS), Dr. Fanny L. Y Shek, Head of Material Characterization and Preparation Faculty, Hong Kong University of Sciences and Technology (HKUST) dan Dr. Dissaya Lohavech dari Faculty of Sciences, Mahidol University, Thailand. Manakala tiga(3) pencermah planari dalam negara ialah YBhg. Prof. Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Hing Hiang Lian, Pengarah MQA, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Malaysia dan Prof. Madya Dr. Ishak Ahmad, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Seramai 6 orang pembentang kertas kerja yang terdiri dari Pegawai Sains dan Penolong Pegawai Sains dari pelbagai IPTA pelbagai latar belakang, disiplin, kepakaran dan pengalaman. Pembentangan mereka adalah berkaitan ilmu & amalan terbaik berterusan yang diamalkan di makmal masing-masing. Pengerusi PPSK 2012 iaitu Pn. Normalawati Shamsudin telah telah membentangkan kertas kerja bertajuk Jaringan Kerja dan Penanda Aras Pengurusan Makmal: Strategi dan Aplikasi. Terdapat juga dua kertas kerja berbentuk poster telah dipamirkan sepanjang persidangan ini. Penyertaan persidangan kali ini telah menarik ramai Pegawai Sains dari IPTA seperti UPM, UniMAP, UM, UNIZAR, UMP, UMS, UTM, USIM, USM, UiTM, Universiti Pertahanan Malaysia, MOSTI, Hospital Besar Tun Aminah, Johor Bahru, Hospital Muar dan UKM. Pihak pengurusan FST juga telah meluluskan seramai 10 orang kakitangan makmal yang terdiri dari Penolong Pegawai Sains (PPS) untuk bersama-sama menghadiri persidangan ini. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang pengurusan makmal, pengurusan instrumentasi dan kesemalatan makmal yang dibentangkan oleh planeri-planeri jemputan. Seramai 80 peserta telah berkampong di Hotel Mutiara selama tiga hari dan telah mendapat banyak input serta manfaat yang boleh dijadikan penanda aras dan dikongsi bersama pengurusan makmal apabila balik ke pramis masing-masing. Ybhg. Prof. Dr. Harimaton Hamdan, pembentangan ucaptama telah memberi banyak input dan cadangan yang telah dan akan dilakukan oleh pihak MOSTI bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan sains di Malaysia termasuklah skim pembantu makmal di sekolah. Beliau telah menyarankan supaya Perkhidmatan Sains menjadi tulang belakang pembelajaran dan penyelidikan seterusnya dapat menyokong pembangunan R&D negara. Beliau juga berharap agar perkhidmatan sains perlu kompetens dari segi ilmu dan kemahiran, untuk menyumbang kepada pembangunan ilmu sains dan teknologi (S&T) yang akan mendorong kepada trasformasi negara. Diharapkan halatuju Modal Insan Sains dan Teknologi yang dirangka iaitu pemetaan taburan S&T dalam sektor R&D dan NKEA akan dapat dilaksanakan untuk memenuhi permintaan pasaran semasa negara, dan seterusnya memenuhi strategi ke arah wawasan 2020. Manakala pembentangan planeri pertama iaitu Prof. Dr. Musa Ahmad dari USIM, telah menegaskan sekali lagi agar perkhidmatan sains perlu memainkan peranan dari aspek R&D bagi menghasilkan harta intelek, meningkatkan inovasi dan penemuaan saintifik baru bagi memupuk minda kelas pertama serta menjamin kelestarian aktiviti R&D. Beliau berpendapat bahawa kecemerlangan saintifik negara sangat menagih penglibatan secara serius daripada kumpulan perkhidmatan sains agar dapat meningkatkan daya saing negara dan indigenus teknologi negara untuk memenuhi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Dr. Hing Hiang Lian dari MQA, KPT berharap keterlibatan Pegawai Sains dapat menyokong kepada COPPA/COPIA di setiap IPTA. Beliau juga menyarankan supaya Pegawai Sains dapat meningkatkan kompetensi ilmu dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dan PhD bagi meningkatkan standard dan kualiti makmal supaya menjadi makmal bertaraf dunia. Penglibatan perkhidmatan sains ini diharapkan memberi pengiktirafan antarabangsa ke atas produk dan kualiti siswazah yang dilahirkan seiring dengan konsep yang dirancangkan oleh pihak MQA dan KPT. Pembentangan oleh Pengurus Makmal Instrumentasi dari HKUST iaitu Dr. Fanny yang merupakan seorang Pegawai Sains, telah berkongsi mengenai pengurusan makmal yang bersepadu dan amalan baik yang diamalkan di HKUST. Beliau telah menegaskan bahawa pengurusan sumber manusia perlu sentiasa berada pada tahap yang optima iaitu melalui latihan yang berstruktur dan terancang. Keperluan bajet untuk latihan samada di dalam atau luar negera perlu disediakan untuk melahirkan kakitangan yang berkualiti dan mampu melakukan proses penyediaan, pencirian dan analisis pelbagai jenis sampel. Beliau berpendapat bahawa latihan sehingga peringkat tertinggi perlu disediakan oleh majikan supaya kakitangan dapat mengendalikan instrumentasi dengan optimum serta dapat memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan. Beliau juga telah menegaskan bahawa dengan adanya pengurusan yang bersistem seperti makmal berpusat dan penggunaan atas talian yang mesra pengguna dapat meningkatkaan pengurusan instrumentasi menjadi lebih efektif. Prof. Bay Boon Huat dari NUS menegaskan bahawa kualiti pengurusan makmal perlu dipertingkatkan bagi merealisasikan sesebuah makmal yang produktif. Terdapat pelbagai cabaran dalam pengurusan makmal dan sumber manusia yang perlu dihadapi termasuklah menyelesaikan kakitangan yang bermasalah. Pelbagai keperluan dan strategi perlu diadakan terutama bagi kakitangan yang sukar atau tidak mahu menerima perubahan. Beliau mencadangkan supaya mewujudkan sistem mentor mentee, mengadakan team building dan care group agar dapat mengalakkan kakitangan menjadi lebih proaktif dalam menjalankan tugas harian. Beliau juga menyarankan beberapa kemudahan yang perlu diberi kepada semua kakitangan makmal bagi menjayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan disamping amalan baik yang perlu ditunjukkan kepada pelanggan dan pelajar disetiap makmal. Pembentang planari terakhir iaitu Prof. Madya Dr. Ishak Ahmad dari UKM telah menegaskan tentang keselamatan di makmal. Antara tumpuan penting dalam pengurusan makmal terutama makmal kimia ialah kemudahan dan pengendalian peralatan makmal, setor bahan kimia, pengurusan sisa serta pelan pengungsian makmal. Namun begitu, faktor diri iaitu etika pengendalian makmal perlulah difahami dan dilaksanakan dengan betul dan berdisplin. PPSK 2012 telah berjaya mendapatkan sumbangan dana dari Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjayakan persidangan ini. Pejabat Menteri Besar Johor Bahru juga telah memberi laluan istimewa kepada pihak urusetia dengan menaja Majlis Makan Malam dan pesembahan dari okestra Yayasan Warisan Negeri Johor. Majlis Makan Malam ini juga dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah selain pesembahan tarian zapin bersama peserta persidangan dimana ia dapat memperkenalkan tarian tradisional negeri Johor kepada peserta luar negara khususnya. Pihak urusetia juga telah berjaya menjemput syarikat pembekal bahan saintifik untuk mempamerkan produk mereka. Pepamir juga merasa teruja dengan penglibatan Pegawai Sains dari IPTA dan institusi kerajaan dalam persidangan ini dan disamping dapat melebarkan sayap perniagaan mereka. Penjualan iklan dalam buku program juga banyak membantu kejayaan persidangan ini. Majlis Penutup telah dilaksanakan oleh Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Sains dan Teknologi mewakili Prof. Dato’ Dr. Rahmah Muhamad, Timbalan Naib Cancelor (Penyelidikan dan Inovasi), UKM yang tidak dapat hadir disaat akhir kerana arahan dan urusan pihak universiti yang lebih mendesak. Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Timbalan Dekan FST yang telah menyarankan agar persidangan ini menjadi agenda tahunan kepada pihak FST dan menjadi tapak pencambahan dan pengkongsian ilmu, idea dan inovasi bagi menjayakan wawasan 2020 negara sekali gus memertabatkan aktiviti perkhidmatan sains negara. Upacara penyampaian sijil kepada peserta juga telah disempurnakan oleh beliau. Pada keseluruhannya persidangan ini di anggap berjaya dan Persidangan Pegawai Sains Kebangsaan tahun 2012 telah ditutup dengan rasminya pada 19 April 2012, jam 12.00 tengahari bertempat di Hotel Mutiara Johor Bahru.

Older Post
Author

Welcome to my lovely bloggie . Cheers ! //Normalawati Shamsudin

Favourite Song :3


Credits

Skin by : Iezanh Ijan
Background by : Hafizah
Best View : Google Chrome

Friends

Iezanh | Safia | PPSK 2012 | Iezanh | Iezanh | Iezanh | Iezanh | Iezanh | Iezanh
Shoutbox!!


Shoutbox